Alam Sekitar

Alam Sekitar
Keindahan Alam Sekitar

2010年5月6日 星期四

Hidroelektrik


Hidroelektrik merupakan elektrik yang dijana oleh hidrokuasa. Kini kuasa hidroelektrik membekal kira-kira 715,000 MWe atau 19% daripada kuasa elektrik sedunia (16% pada tahun 2003), lebih daripada 63% jumlah kuasa elektrik yang diperolehi daripada sumber yang boleh diperbaharui pada tahun 2005.[1]
Walaupun penjana hidroelektrik yang besar menjana kebanyakan kuasa hidroelektrik di dunia, skema hidro kecil juga popular terutamanya di China, yang mempunyai lebih daripada 50% daripada kapasiti hidro kecil di dunia.
Kebaikan utama sistem hidroelektrik:
 tiada penggunaan bahan api
 panjang umur, kos operasi rendah
 kemudahan untuk sukan air
 menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau tenaga nuclear
 tidak menyebabkan pembakaran bahan fosil, sebagaimana petroleum
Tenaga Hidro Elektrik
a. Penggunaannya semakin berkembang - sumber yang boleh diperbaharui dan murah.
b. Malaysia mempunyai potensi yang baik kerana :
• Hujan yang banyak melebihi 2000 mm.
• Sungai mengalir deras sentiasa dipenuhi air.
• Banyak kawasan bergunung-ganang - sesuai untuk membina empangan.
c. Kebanyakan projek hidro elektrik terletak di kawasan tanah tinggi, antaranya :
• Empangan Cenderoh di Perak (Sg. Perak)
• Empangan Temenggor di Perak (Sg. Perak)
• Empangan Kenyir di Terengganu (Sg.Tganu)
• Empangan Kenering di Perak (Sg. Perak)
• Empangan Btg Padang di Perak (Sg. Btg Padang)
• Empangan Bersia di Perak (Sg. Perak)
• Empangan Tenom Pangi (Sg. Padas)
• Empangan Bakun (Sg. Pelagus)
• Empangan Pelagus (Sg. Pelagus)
• Empangan Batang Ai (Sg. Lupar)


Empangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.
Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

0 意見: