Alam Sekitar

Alam Sekitar
Keindahan Alam Sekitar

2010年5月6日 星期四

Tenaga Suria

Tenaga suria adalah tenaga yang diperolehi secara terus daripada matahari.Ia digunakan di dalam pelbagai bidang pertanian.Haba daripada matahari digunakan untuk memanaskan ternakan terutamanya di musim sejuk. Struktur rumah hijau direkabentuk agar tumbuhan dapat tumbuh di dalam persekitaran yang terkawal.Rumah hijau direka bagi membolehkannya memerangkap tenaga daripada matahari untuk digunakan dalam potosintesis.Sebahagian besar tenaga adalah disimpan dalam tumbuhan.

Matahari menghasilkan tenaga suria yang boleh digunakan untuk menjanakan kuasa elektrik di rumah kediaman.Tenaga suria digunakan untuk memanaskan air dengan menggunakan pemanas suria yang dipasang di atas bumbung-bumbung rumah.Teknologi moden telah mereka sel fotovolta atau dikenali sebagai sel suria yang berupaya mengubah tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik.Suria akan menghasilkan tenaga yang murah dalam kualiti yang banyak,juga menghasilkan bahan-bahan baru dan mungkin digunakan untuk memusnahkan kuman beracun.Tenaga cahaya matahari boleh ditukar menjadi tenaga elektrik secara terus dengan menggunakan sel suria.Dalam industri pertanian sel suria digunakan untuk memberi kuasa kepada paru air untuk menyalurkan air dari kolam ke ladang.

0 意見: